Sunday 16 October 2011

Apa yang Tuhan mahu dari Kita ?

Apakah maksud Tuhan yang sebenar ?. Tuhan yang saya maksudkan ialah kuasa yang mencipta sekalian alam dan makhluknya. Tuhan telah mencipta galaxi , bumi , bulan , matahari  dan planet-planet lain . Dia membahagikan bumi ini kepada lautan dan daratan. Dialah yang mencipta makhluk-makluk yang hidup didalam air , darat , tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Apakah yang Tuhan inginkan dari Manusia ?
Tuhan telah mencipta manusia dengan darjat , nilai dan kebolehan yang tertinggi. Tuhan telah mencipta manusia sebagai wakilnya dibumi ini . Apa yang Tuhan inginkan dari kita ?. Harta ?  , Nyawa ? , Korban ? , Ibadat ? saya rasa tidak semuanya diatas.
Apabila Tuhan menetapkan kita sebagai waliknya dibumi kita harus menjaga dan memelihara segala ciptannya . Tetapi apa yang kita lakukan sekarang ialah , Kita merosakkan dunia ini , kita mengabaikan ciptaannaya. Seorang manusia perlu bertanggung jawab diatas segala-galanya didunia ini.

Tanggung jawab manusia dibumi :
  1. Tuhan hanya inginkan kita hidup dengan Aman dan damai.
  2. Menyayangi sesama manusia  sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.
  3. Menjaga hak orang yang lemah dan miskin
  4. Menjaga hak binatang dan tumbuh-tumbuhan .
  5. Memelihara alam ini seperti yang diciptanya.
  6. Manusia yang ada mestilah membahaginya dengan manusia yang tiada.
  7.  Manusia yang kuat mestilah kena memelihara manusia yang lemah.
  8. Orang yang kaya harus membantu orang miskin.
  9. Hak anak-anak yatim harus dijaga .
  10. Orang -orang yang lemah harus dilindungi.

Sembayang dan beribadah adalah pilihan kedua, Kalau anda sembah Tuhan atau tidak sama sahaja bagiNya . Tiada perubahan yang akan berlaku kepadaNya. Tujuan utama hidupan sebagai manusia ialah menyayangi sesama manusia , memelihara kehidupan yang lain dan alam ini.

Apabila anda membaca artikal ini mungkin terlintas dalam fikiran anda , Ini ajaran agama saya. Betul ini memang ajaran agama anda . Walau apa pun Agama anda , Inilah yang akan menjadi ajarannya. Semua agama dan kepercayaan  akan mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama manusia , membantu sesama manusia , memelihara kehidupan lain , memelihara alam dan akhirnya berterima kasih kepada Tuhan.


No comments:

Post a Comment